Friday, August 29, 2008

SOMEBODY LEAVING>>>......>>>>


Dont clap your hand, Just thankful to Allah..This month is ours..

MUSLIMAH.....IDAMAN ....SAYA.....


Muslimah Idaman Saya
Adalah Seorang Muslimah Yang Beriman
Yang Jiwanya Ditanam rasa Keizzahan Terhadap Islam
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Akan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Menyatakan Kebenaran
Yang Tidak Pernah Gentar Melawan Nafsu
Yang Sentiasa Bersama Srikandi –Srikandi Pejuang Agama Allah
Muslimah Idaman Saya
Adalah Muslimah Yang Menghormati Ibunya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Keluarga Dan Kedua Orang Tuanya
Yang Bakal Menjaga Kerukunan Rumah Tangga
Yang Bakal Menolong Suami Dalam Mendidik Anak-Anak Mendalami Islam
Yang Mengamalkan Hidup Dengan Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menuju Akhirat
Muslimah Idaman Saya
Sentiasa Bersedia Menjadi Ibu Mithali
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Ummul-Mukminin
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan Berbicara
Yang Menjaga Matanya Daripada Berbelanja
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya
Muslimah Idaman Saya
Adalah Yang Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Banyak Membaca
Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangkit Subuhnya Penuh Kecergasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
Muslimah Idaman Saya
Sentiasa Mengingati Mati
Yang Baginya Hidup Di Dunia Ladang Menuju Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibaja Dan Dijaga
Agar Berputik Tunas Yang Bakal Menjadi Baka Yang Baik
Demi Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
Muslimah Idaman Saya
Adalah Muslimah Yang Tidak Terpesona Dengan Buaian Dunia
Kerana Ia Mimpikan Syurga
Disitulah Rumah Idamannya
Dan Dia Ingin Mendorong Saya Untuk Bersamanya
Dialah …Muslimah Idaman Saya..

Thursday, August 28, 2008

Chikugunya fever: Facts


1. It is caused by a virus belonging to a group called Arbovirus and is transmitted by mosquito bite. Dengue fever is another disease belonging to the same group.

2. It is not related to chicken and is different from bird flu. Bird flu is also caused by a virus called avian influenza virus and is a more serious disease than Chikungunya.

3. The disease is spread by bite of Aedes mosquitoes (or tiger mosquito, in view of presence of striations on its body similar to a tiger). This mosquito breeds in fresh waters unlike those spreading malaria, which develop in stagnant water. This mosquito usually bites during the daytime.

4. The disease manifests with acute onset of body ache including muscle and joint. pains, fever, and skin rash. Painful swelling of hands and feet may be commonly seen. The body responds to the infection by producing antibodies against the virus and these antibodies may be detected in lab and give a clue to the diagnosis.

5. Like most of the other viral infections, this disease also improves over 2-3 weeks spontaneously, however muscle and joint pains may persists for months in a minority.

6. The disease usually is not associated with mortality or serious complications.

7. The treatment is essentially for the symptoms with painkillers and anti-pyretics.

8. The disease can be controlled by hygienic precautions essentially prevention of mosquito breeding places like open jars, flowerpots etc.

9. Dengue fever is a close mimic of Chikungunya and is transmitted by the same Aedes mosquito. Here, severe pains including backache and sometimes bleeding manifestations can be seen.

Cerita Baru



Tahun nie, tahun yg paling best buat aku...pecah rekod dalam sejarah keluarga Masuk Hospital 2 kali. :) dalam tahun yg sama...Wah wah wah....handal..

Diam2 kat atas katil nie, aku terfikir..mcm ner keadaan biler kita tak berduit kemudian masuk hospital...Waduh, gawat nie erk..Adoii...Selepas kes yg pertama aku masuk wad, terasa plak nak tanya ejen2 insuran yg bangga canang2 insuran dia...

Yerla, ada masa kita dgr diaorng jual insuran sambil kutuk insuran lain..Hairan yer..biler dibelek-belek policies diaorng, hampir sama jer...cuma bentuk faedah jer berbeza..Ntahla...Tapi pada aku sekarang,aku terfikir macamner plak dengan sahabat kita yg tak mampu membeli insuran, dan membayar duit hospital...xperla, kita fikir sendiri la dan bayangkanla..

Nasib baikla kompeni aku sediakan insuran yg terbaik pernah aku dapat...xpakai sesen pun untuk rawatan pesakit luar and admit..FOC carala...tapi bukan kehendak kita nak sakit kan... Sakit tu sebenarnya ujian Ilahi terhadap hambaNya..Dia nak tgk hambaNya boleh bersabar dan bersyukur ke tak...Nie ada plak yg tak reti-reti bersyukur asyik mengeluh jer...aperla, dah sakit tu buat la cara sakit, nie sajer jer tambah sakit lain plak..hish hish hish..

Wednesday, August 27, 2008

MENGINGATI MATI MENYEDARKAN KITA MEMPERBANYAKKAN AMALAN

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala apa jua larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Dunia ini adalah tempat sementara bagi manusia dan akhiratlah yang dituju, tempat yang kekal abadi. Itulah hakikat yang mesti diyakini oleh setiap manusia. Mati adalah suatu perkara yang pasti berlaku ke atas setiap yang bernyawa. Memang benar firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali'Imran ayat 185 tafsirnya:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati."

Apabila jasad seseorang telah disemadikan di dalam kubur, tinggallah ia keseorangan, tanpa teman, tanpa harta, tanpa rumah dan tanpa segala-galanya yang ada hanyalah kain putih pembalut badan. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:

"Dari Anas bin Malik berkata : Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Yang mengikut mayat itu ada tiga, maka balik dua dan tinggal satu, yang mengikutnya keluarganya, hartanya dan amalnya. Maka balik keluarganya dan hartanya dan tinggal bersama-samanya ialah amalnya."

Kerana itu agama Islam menggalakkan kita supaya sentiasa mengingati mati, kerana dengan mengingati kematian sajalah yang boleh menyedarkan manusia supaya menyediakan bekalan untuk akhirat bagi menghadap Allah Subhanahu Wata'ala. Kerana bekalan amalan itulah yang akan menentukan sama ada kita akan beroleh rahmat ataupun azab di alam kubur dan di akhirat nanti. Jika baik amalannya maka baiklah yang diterimanya dan sebaliknya jika buruk amalannya maka azab dan seksalah yang akan diterimanya.

Alam kubur adalah tempat permulaan tanda seseorang itu sama ada akan mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di akhirat kelak. Tetapi yakin dan percayalah akan janji-janji Allah Subhanahu Wata'ala, sesiapa yang berbuat kebaikan semasa hidupnya, maka kebaikanlah yang akan diterimanya. Perkara ini ada disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Termidzi, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:

"Sesungguhnya kubur itu adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi."

Sesungguhnya nikmat dan azab kubur itu adalah perkara benar berlaku, bukan dongengan atau rekaan kerana itu perlu diimani dan diyakini kewujudannya dan ia termasuk dalam perkara 'samiyat'. Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam selalu berdoa supaya dilindungi dari seksaan kubur. Sebagaimana yang kita ketahui Baginda ialah seorang yang maksum iaitu terpelihara dari berbuat dosa. Bahkan Baginda seorang hamba Allah yang dikasihi dan disayangi sentiasa berdoa, dihindarkan dari seksaan kubur, inikan pula kita hamba Allah yang tidak luput dari berbuat dosa, kerana itulah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyeru para sahabat agar mengamalkan doa supaya dilindungi dari azab kubur, doanya ialah maksudnya:

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab kubur."

Sememangnya semua orang tahu bahawa kubur adalah tempat mengebumikan orang yang telah meninggal dunia. Tetapi apakah yang kita tahu tentang kubur di sebalik ia tempat pengebumian itu? Dan apakah kita pernah terbayang akan azab dan nikmat di alam kubur itu? Ketahuilah wahai kaum Muslimin, bahawa kubur akan menjadi sebuah taman syurga bagi orang-orang yang beriman dan menjadi lubang neraka bagi orang-orang yang tidak beriman, derhaka kepada perintah Allah Subhanahu Wata'ala dan menyekutukan Allah Subhanahu Wata'ala dengan sesuatu yang lain.

Ketahuilah wahai saudara-saudara sekalian, apabila jenazah sudah dikuburkan dan orang-orang yang menghantar ke perkuburan itu pulang, maka akan datanglah Malaikat Munkar dan Nankir berjumpa jenazah yang tinggal keseorangan itu lalu menyoalnya : Siapa Tuhanmu? Siapa Nabimu? Dan siapa imammu?

Bagi orang mukmin yang beramal soleh dan sentiasa taat perintah Allah dalam hidupnya akan mudahlah ia menjawab soalan-soalan tersebut walaupun dalam keadaan tidak hafaz atau tidak pandai bahasa Arab, dengan mudah saja ia berkata : Allah Tuhanku, Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Nabiku dan Al-Qur'an imamku. Pada saat itu kuburnya diluaskan dengan seluas-luasnya serta dipenuhi dengan pelbagai nikmat yang berkekalan sehinggalah dibangkitkan pada Hari Kiamat.

Tetapi, sebaliknya bagi orang-orang yang kafir dan orang-orang yang banyak berbuat dosa semasa hidupnya, mereka tidak akan dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan Malaikat Munkar dan Nankir itu walaupun ada di antara mereka tahu atau telah hafaz jawapan-jawapan itu semasa hayat mereka di dunia, maka dengan kegagalan mereka itu, Munkar dan Nankir memukul mereka dengan pemukul yang diperbuat daripada besi di bahagian antara dua telinganya. Lalu mereka berteriak kesakitan dengan teriak yang boleh didengar oleh seluruh makhluk kecuali jin dan manusia. Bukan itu sahaja, kubur mereka menghimpit sehingga tulang-tulang mereka patah berkecai. Begitulah keadaannya berterusan sehingga Hari Kiamat.

Terdapat banyak hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa tidak seorang pun yang akan terlepas daripada himpitan-himpitan kubur. Sehingga dikatakan bahawa sekiranya ada seseorang yang selamat atau terlepas daripada himpitan kubur itu, nescaya Said bin Muaz adalah di antara orang yang terselamat daripadanya. Said bin Muaz adalah seorang yang beriman, yang kematiannya menyebabkan Arasy bergoncang lagi dihimpit kubur, padahal kesalahannya hanyalah disebabkan tidak bersih dari kencingnya. Maka bagaimana pula halnya orang-orang yang banyak melakukan dosa, yang banyak melanggar perintah Allah Subhanahu Wata'ala dan sengaja tidak mahu mentaati perintah Allah? Namun, Allah Subhanahu Wata'ala itu bersifat Maha Pengasih lagi Penyayang kepada hamba-hamba-Nya, tetap memberi rahmat kepada orang-orang yang beriman, lalu orang mukmin itu akan dibebaskan dari himpitan dan seksa kubur.

Oleh itu, jika kita mahu rahmat dan nikmat Allah Subhanahu Wata'ala, maka tidak ada jalan lain dan mudah melainkan dengan memelihara iman kita, meningkatkan amal ibadat kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Menjauhkan perkara-perkara mungkar dan maksiat dan sentiasa mengingati kematian dan azab kubur. Jika semua ini dapat dipraktikkan, insya-Allah kita akan menjadi manusia yang soleh, yang mendirikan sembahyang, mengerjakan puasa, mengeluarkan zakat, tidak merosakkan harta awam, tidak melanggar batas-batas hukum syariat dan sebagainya. Yang sebenarnya amalan-amalan itulah yang menggerakkan hati kita ke arah melakukan kebaikan yang sangat dituntut oleh Islam.

Oleh itu, sebelum roh bercerai dari badan dan sebelum jasad diusung ke perkuburan untuk disemadikan, muhasabahlah diri kita, mantapkanlah dengan keimanan dan ketaqwaan, jangan hanya mulut kata beriman sedangkan tingkah laku dan perbuatan tidak mempamerkan keperibadian sebagai seorang yang beriman, malahan sanggup pula melakukan segala kemungkaran yang bertentangan dengan ajaran Islam. Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga kita menjadi hamba-hamba yang soleh yang akan ditempatkan bersama para anbiya dan para solehin di Syurga Jannatunnaim. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali'Imran ayat 16 tafsirnya:

"Orang yang berdoa dengan berkata : Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab api neraka."