Monday, September 29, 2008

Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM)


Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.
Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).
Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.
Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).
Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina.
Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.
Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.
"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.
Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.
" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "
"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

Friday, September 26, 2008

Promosi Akhir Ramadhan/Malam Raya!!!


Pernah terfikir untuk dipermudahkan segala urusan??

Inginkan kesihatan dan ketenangan hidup??

Mengidam2kan sesuatu, tapi tak berupaya mendapatkannya??

Jangan ketinggalan…

Nikmati fadhilat malam Aidil Fitri…

salah satu malam yg barang siapa berdoa pada waktu ini akan dimakbulkan segala permintaannya oleh Allah S.W.T..

Caranya mudah.. tak perlukan modal... cuma perlu usaha, kesungguhan dan keyakinan kepada Allah S.W.T

Jom la kite ambil peluang nie.. =D

25 TIPS RAIKAN SYAWAL

Malam Aidil Fitri

1. Banyakkan bertakbir.
Mulakan selepas salam pada solat Maghrib dikuti dengan bertahmid, bertasbih Takbir boleh dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama-sama keluarga. Pada zaman Rasulullah SAW takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

2. Berdoa dan berbuat kebaikan pada malam raya.
Imam Syafie berkata doa itu mustajab pada lima malam berikut iaitu Malam Jumaat, malam Hari Raya Aidilfitri, Malam Hari Raya Haji, Malam Awal Bulan Rejab dan Malam Nisfu Syaaban.

3. Berqiamulail.
Kalau tak berqiam pun (ada pandangan yang menolak disebabkan hadis di bawah, hadis daif) sekurang-kurangnya jangan terlupa langsung solat sunat qabliah ba’diah, Lebih teruk lagi tak solat langsung dah disebabkan bakar lemang atau masak ketupat. Niat nak buat maksiat serta berhibur dengan pelbagai program yang melalaikan hingga ke pagi, batalkanlah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha, hatinya tidak mati pada ketika hati mereka yang lain mati.”

Siang Aidil Fitri

4. Jangan berpuasa pada siang 1 Syawal kerana hari itu, Allah haramkan kita berpuasa.

5. Jangan kongsi raya dan jangan menganggap Aidilfitri sama dengan perayaan-perayaan lain.

6. Kemaskanlah diri.
Gunting-guntinglah rambut yang nampak dan yang ‘tak nampak’. Bersihkanlah daki-daki badan termasuk anggota badan lain seperti kuku kaki dan tangan.

7. Disunatkan mandi pagi.
Hal ini dijelaskan dalam hadis Ibnu Umar dalam kitab al-Muwatta’, bahawa Rasulullah SAW mandi pada pagi Aidilfitri sebelum Baginda bergerak ke masjid.

8. Sunat memakai pakaian yang terbaik dan tercantik, walaupun tak baru. Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibnu Umar menjelaskan bahawa baginda Rasulullah SAW mengenakan pakaian yang terbaik dan tercantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam; Aidilfitri dan Aidiladha.

9. Kalau mampu, pakailah pakaian yang baru beli.
Jangan simpan baju raya untuk bawa berjalan ke rumah orang atau mengorat anak dara/teruna orang. Sunat bawa ke masjid.

10. Sunat mengenakan haruman (tidak kepada wanita).
Kalau yang kalut tu. Pagi-pagi raya dok cuci kereta, basuh motor atau bakar lemang lagi, elok taruk banyak-banyak sikit minyak wangi atau mandi sekali lagi.

11. Makan terlebih dahulu.
Sebelum berangkat ke masjid makanlah dulu. Jangan habiskan semua kurma dalam bulan Ramadan. Simpan sikit untuk 1 Syawal. Sebuah hadis dari Anas bin Malik telah menjelaskan bahawa Baginda SAW makan kurma dengan bilangan yang ganjil (3,5,7 dan sebagainya) sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

12. Sebelum solat bermaaf-maafan dengan keluarga.
Betullah, tidak ada masa tertentu atau musim yang khusus untuk kita bermaaf-maafan. Cuma apabila berada pada hari kebesaran Islam ini eloklah kita gunakan kesempatan tersebut, untuk mengikis perasaan ego dan takbur diri dengan memaafkan segala kesalahan saudara-saudara kita. Bukan senang nak jumpa, nak peluk cium dan sebagainya. Kalau nak bergambar pun, bergambarlah sekeluarga masa ini. Lepas raya dah berterabur, pakatpakat berjalan belaka.

13. Pergi ke masjid melalui jalan lain dan pulang melalui jalan lain.
Hikmahnya agar bertemu ramai orang. Maklumlah bukan selalu balik. Rupa pun dah berubah. Berkenal-kenalanlah kalau berselisih dengan orang. Tengok-tengoklah jalan kampung yang semak dengan lalang atau jalan berlubang, jambatan patah dan lain-lain. Jangan tunggu YB. Hulurkan duit lebih dalam tabung masjid.

14. Lambatkan solat sunat Aidilfitri.
Lambatkanlah sedikit solat. Pesan kat tok imam yang gilirannya bertugas. Jangan bertukar dengan solat hari raya korban. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum menunaikan solat Aidilfitri.

15. Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah.
Ditunaikan sebanyak 2 rakaat. Rakaat pertama ada 7 kali takbir dan rakaat kedua ada 5 kali takbir. Hukum bilangan-bilangan takbir ini adalah sunat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah.

16. Surah yang dibaca dalam solat
Bagi yang terlupa, di dalam Sahih Muslim disebutkan bahawa Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan membaca surah al-’Ala pada rakaat pertama dan al-Ghasyiah pada rakaat kedua.

17. Solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah.
Jangan tertukar. Maklumlah setahun seklai. Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn ‘Abbas r’anhuma

18. Dengar Khutbah.
Kemuncak Hari Raya Aidil Fitri, bukan baju baru, kuih raya, lemang atau ketupat. Tak ada pun tak mengapa. Kemuncaknya ialah mendengar khutbah. Jangan jadi macam budak-budak belum habis salam lagi berderau enjin motor balik. Kadang-kadang bapak budak lebih daripada anak lagi.

19. Solat di lapangan, terbuka agar mendengar khutbah hinggakan kepada kaum wanita, tidak kira yang tua atau muda, yang uzur atau sebaliknya. Cuma mereka yang uzur diarahkan agar berada di luar masjid kerana halangan keuzuran tersebut seperti riawayat Ummi ‘Atiah dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Selepas Solat

20. Mendoakan orang lain.
Jangan sekadar ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin sahaja hingga terlupa ucapan yang lebih bermakna daripada itu. Ucapkanlah tahniah dan selamat, di samping saling berdoa agar amalan-amalan kita sepanjang Ramadan lepas diterima Allah. Lafaznya: Taqabbalallahu Minna wa Minkum Soleh al-’Amal.

21. Bermaaf-maafan dengan yang kenal dengan yang tidak.
Jangan memilih untuk bersalaman. Bersalm dan bermaaf-maafan dengan semua orang. Dalam sepotong hadis, Baginda bersabda maksudnya: Harta itu tidak akan luak atau berkurangan akibat sedekah, dan tidaklah bertambah di sisi Allah SWT bagi seseorang yang sudi memaafkan, melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendah diri melainkan akan diangkat oleh Allah SWT (Riwayat Muslim)

22. Ziarah-menziarahi sesama Muslim.
Selepas solat jangan terus balik. Elok pergi rumah guru-guru dulu. Inilah sebabnya Baginda SAW mengambil yang lain sewaktu pulang daripada solat tersebut. Hikmahnya singgahlah dulu rumah sahabat-sahabat dan jiran tetangga yang ditemui atau diziarahi untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan beroleh kemenangan berpuasa selama sebulan Ramadan.

23. Bersedekah - pemberian duit raya.
Soalnya adakah ia satu keperluan dalam agama atau hanya suatu budaya?
Kalau dah rajin bagi sedekah sebelum raya dan hari raya pun bagi sedekah itu ibadah. Andai seumur hidup atau setahun sekali baru bagi sedekah itu namanya adat. Sedekah itu ibadat bukan adat.

Harus diingat, sedekah tidak hanya duit raya, kuih raya juga sedekah, gula-gula juga sedekah untuk anak-anak bagi yang tak mampu. Yang penting ialah ikhlas dan menghargai kesungguhan mereka berpuasa. Tanyalah dulu berapa hari puasa. Kalau puasa penuh bagilah RM30 seorang. RM1 sehari. Ah, cadangan sahaja. Utamakan juga kepada anak-anak, isteri, suami, ibu bapa dan mertua.

24. Menziarahi Kuburan.
Tak salah menziarahi kubur. Bukankah ia sunah yang disyariatkan oleh Nabi Muhammad SAW supaya ingat mati. Dalam sepotong hadis, Baginda menegaskan: Aku dahulunya pernah melarang kamu semua menziarahi kubur, sekarang ziarahlah ia, lantaran ia dapat mengingatkan kamu dengan Hari Akhirat. (Riwayat Muslim)

Isunya kenapa pagi Hari Raya Aidilfitri? Kalau dah balik awal ke kampung, ziarahlah awal-awal sikit. Bersihkanlah mana yang patut. Kecuali kalau ‘mobile’, pagi raya tu baru sampai kampung. Petang dah nak balik rumah mentua-mentua yang lain. Bolehlah tengok sekejap.

Orang bandar bukan selalu balik kampung kan? Masalahnya orang kampung situ pun ziarah kubur pada hari raya juga. Itu taklah jadi ibadat, maka ia akan jadi adat dan taku-takut jatuh khurafat pula.

25. Boleh ke raya pada 1 Syawal sahaja?
Boleh ‘Raya’ sebulan selagi amalan itu tidak bertentangan syariat, cuma dalam Islam Aidil Fitri hanya 1 Syawal sahaja. 2 Syawal dan hari seterusnya sudah dibenarkan berpuasa ganti dan sunat. Buatlah puasa sunat enam syawal cepat-cepat. Dalilnya ialah sabda Nabi SAW ; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)

Wallahu ‘A’lam. Tips-tips ini boleh dicabar kewibawaannya dan boleh dibincang-bincangkan lagi. Moga boleh jadi rujukan. - al-Kurauwi

Wednesday, September 24, 2008

Kemaafan Suatu Kemestian

...manusia memang tidak pernah lekang daripada melakukan kesalahan dan kesilapan, samada disengajakan atau pun diluar pengetahuan dirinya sendiri. namun itu bukan lah alasan untuk manusia bebas dan merasa bangga apabila melakukan dosa dan kesalahan, lebih2 lagi dosa kepada Tuhan yg mencipta mereka sebagai makhluk di muka bumi yg sementara ini. sungguhpun begitu, Islam telah manganjurkan manusia agar sentiasa bertaubat utk menyucikan diri daripada dosa2 dan menyesali segala silap yg kita pernah lakukan, dan berazam utk tidak mengulanginya lagi. bagi hubungan sesama manusia pula, dosa mereka hanya akan terampun sekiranya orang yg dianiaya itu sendiri memaafkan atau menerima maaf daripada si penganiaya. seharusnyalah si penganiaya itu perlu memohon kemaafan daripada org yg dianiayanya, dan sebaik2nya kemaafan itu diterima dengan hati terbuka oleh org yg dianiaya itu agar hidup aman tanpa sengketa antara kedua2 pihak. sebenarnya di situlah kecantikan Islam sebagai suatu agama yg sentiasa memberi ruang dan jalan kepada manusia untuk menebus dosa2 mereka..kerana apa? kerana ISLAM itu mudah dan terlalu indah. oleh itu, mulai sekarang hulur2kanlah tangan memohon ampun dan maaf sesama manusia agar kita sentiasa bersih dan bebas daripada menanggung dosa2 sebelum kita meninggalkan dunia ini.. kerana kemaafan adalah suatu kemestian.. wallahua'lam.

p/s :

Selamat Beribadah di Bulan Ramadhan dan
Selamat Menyambut Kemenangan Aidilfitri =)

ANDAI KU TAHU...


andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya aku sibuk berzikir
tentu aku tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA, Tuhan yang satu

andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatku ku kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan ku sia-siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan

andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malamku aku sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu diriku tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu aku bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan .....lorong- lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita…

…..maafkan semua kesalahan yang pernah aku lakukan…

Selamat memburu Lailatul Qadr, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan
Bathin.

Terungkainya Tali Aqidah/Hukum Islam

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.

Guru itu berkata, 'Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!', jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'Pemadam!'

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 'Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'.
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada anak muridnya.

'Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa. 'Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.' 'Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?' tanya Guru kepada anak muridnya.

'Baik untuk permainan kedua...' Gurunya meneruskannya. ..... 'Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?' Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..

'Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .... Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ....Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar. 'Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.

Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. . .....' 'Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.' 'Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... '

'Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?' tanya murid- murid. 'Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.' 'Begitulah Islam...

Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun'.

'Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang...'

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!! JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI. YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM...AMIIINN. ..

Tuesday, September 23, 2008


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ / Salam sejahtera

Kubur
itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha illAlLah.
Jika
diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah ' Laa ilaaha illAlLah ' ini.

Rasulullah saw.
bersabda ( mafhumnya ):
'
Wahai manusia ! Ucaplah ' Laa ilaahaillalLah’, kamu pasti berjaya!'
Marilah
kita ucapkan kalimah ini: ' Laa ilaaha illallah !' x 10

Setelah
ucapkannya sebanyak 10 kali, jadikan amalan setiap saat...

(betul boleh jer baca setiap saat baca dalam hati pun ok sambil2 buat keje tu masa tgh duduk2 ke, tak pun time driving atau jadi passenger ondaway balik kg nnt, tengah jalan sorg2 ke, baring2 waktu rehat, ala masa main game pun ok ape rugi tak baca.. besar pahalanya.. bacala yee sementara masih hidup nie.. entah esok, lusa dah tak sempat =D)


lBayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini Laa ilaaha illalLah !

Sunday, September 21, 2008

nice renungan untuk WANITA dan LELAKI



wanita!!!

seringkali tersungkur d dakapan lelaki yg mati hatinya..orang yang mati hati tidak nampak kebenaran..mereka melihat tapi dalam keadaan buta..mereka yang mati hati tidak pernah mengunakan nafsu dan akal yg dberi Allah utuk mengenali dan mendekatkan diri kepadaNya..dengan berbekalkan nafsu dan akal yang menjadi keistimewaa n manusia..Allah menurunkan kita dunia yang telah ditetapkan qadaq dan qadarNya..Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah menetapkan dengan qadaq dan qadarNya dua persimpangan..setiap masa yang berjalan itu..senantiasa Allah sediakan 2 lorong..yang mana..lorong pertama menuju jalan yang mendekatkan dan dapat mengenaliNya..yang mana siapa yang memilih jalan ini akan menemukan pelbagai rahsia..dan siapa yang menggunakan akal dan nafsu yang diberi untuk membuka pintu2 rahsia didalamnya..ia akan melihat rahsia yang sangat indah..lalu faham dan semakin terasa nikmat berada dijalan ini dan celiklah mata mereka dapat mengenal Allah..dan mereka akan mencintai Allah..kerana mereka nampak tiada yang kekal dikelilingnya melainkan Allah dan mereka tidak pernah melihat satupun yang seindah Allah..dan tidak ramai yang berjaya mengunakan anugerah akal utk kebaikan dan tidak ramai yang berjaya menundukkan nafsu untuk kebaikan..jadi tidak ramailah mereka yg benar2 memahami dan merasai nikmat dalam agama yang diturunkan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..dan dimana jalan kedua penuh dengan tipu daya..siapa yang memilih jalan ini menjadi buta dan semakin buta..ia nampak kesenangan dan kepuasan sahaja..mereka buta keperitan yang melanda jiwanya..padahal bermacam2 musibah datang akibat jalan tipu daya yang mereka ikut..mereka ini tidak hiraukan dengan nasihat orang beriman padahal ia melihat kesenangan pd keimanan mereka..lelaki yg mati hatinya hanya mengimpikan madu dirimu..duhai wanita ingatlah..jgn pandang pada paras rupa sahaja tapi lihatlah keimanan nyer..bacalah tips2 di bawah ini.moga jadi renungan bersama:

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kercergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya
p/s: adakah dia untuk mu?





Tuesday, September 16, 2008

SEDERHANA JE... TAPI KAYA


Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR .

Jika perlu MENANGIS, menangislah. .tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .

Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR .

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH .

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA .

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .

Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah. . asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH .

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah. . asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT .

Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT .

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. . asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya .

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. .

Bersederhanalah...dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..

* Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.

* Orang yang terlalu kuat..kadang-kadang apabila lemah terus tidak berdaya..

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta .

Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia .

Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya. . bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.. "

Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil....

Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhanalah. .. adalah jawapan kepada segala-galanya...

Jangan Ada Benci Di Hati

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang
mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketuajabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita
mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur
malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi,
membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan
memaafkan semua orang sebelum tidur?
Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta
menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain
mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat,idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab
sebelum kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok
berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu dengan yang
lain.

8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan
menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada
kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan
mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.


15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih Dahulu Baiki Diri Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi
dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya.

Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan
orang lain.

Ingatlah pesanan seorang sarjana:
"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda
kisah terhadap mereka."

Wallahu'alam

Saturday, September 13, 2008

FaDhiLat MenJadi Isteri...


Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah
subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada
tanggungjawab/ peranan isteri terhadap suami.
Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat
lebih pahala adalah seperti dibawah :-
1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun
2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah
3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus
4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid
5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing
pada fakir miskin
6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan
meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg
soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang
sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi
benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri
berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat
pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak
berterusan dengan baik.
7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan
menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah
8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!

Friday, September 5, 2008

Why do i read Qur'an, even i don't understand it????


This is a beautiful story to be shared with all of my friends..An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an.

His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.One day the grandson asked,


"Grandpa, I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book.What good does reading the Qur'an do?"


The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied,


"Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water."


The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said,


"You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again.


This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.


The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again.


At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house.The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.


Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!" "So you think it is useless?"


The old man said, "Look at the basket."


The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.


"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."


live accordingly with the quran and sunnah..we will never go astray while holding them firmly..Insyaallah...may Allah bless all of us...amin.

Akukah Insan Istimewa Itu?


Dirimu terlalu istimewa buat seorang lelaki,agama dan alam sekitar... tidak diduga,kesanggupanmu lahir di dunia telah menyinari pelusuk kesabaran dan kelembutan...adakah engakau tahu,di manakah istimewanya dirimu?inilah kurniaan Allah swt terhadapmu...:

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail .A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W "Ibunya."

13. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

14. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
15. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

16. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. saksikannya wahai wanita,terlalu besar ganjaran yang Allah swt kurniakan kepadamu...moga dirimu di kalangan hamba-hambaNya yang bersyukur dan bersabar:)masih banyak lagi kurniaan buatmu..